Saturday, October 10, 2009

Rahsia Solat Di Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?


Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

* Source: Suhaimi Isa(www.iluvislam.com)


Sunday, September 27, 2009

slps raya...

hari ni da dtg kl blk da tapi skrg kat umh p.sdare kat gmnk sb dtg pg tadi tmpg abg ipar..kakngah xdtg lg sb tgh pantang skrg..so,disebabkn x elok kalo tggl aku n abengah je kat umh dia kat bandar mahkota cheras 2, aku tmpg la kat cni..pg esok mudah ckt nk p u blk..

ha,kali ni aku xde pape nk tls sgt pn. juz nk buat blog ni uptode je..hehehe..

hari raya ke3 lps, aku, noor, c'na n suhailie p sklh matm. sklh ktrg dulu sb nk jmpa kwn2 lama..
tp sygnya x ramai yg datang pn.yg ramai majoriti senior2 yg sblm ni siap ngn ank2 n isteri diorg.batch aku x nmpk sgt pn..huhu...tp x pela..mende da lpas..

hari raya ke5 yg lpas plak kak na @ k.cik aku kahwin..so, kat umh 2 x payah ckp la ramai pnyer org..n letihla sgt smpaikan nk tersadung kaki ku.da la kaki baru smbuh dri xcident..wuwuwu..mintak2, xde pape yg mudharat la lpas ni.insya allah.amin..ntah la..nk cpat sgt n letih dgr org tnya itu ini kat aku sorg..tp yg sebenarnya aku(yg ke5) ada 3 org kakak, 1 abang n 1 adik prempuan..yg kahwin 2 yg atas(4) aku, so dia sbuk ngn mekap dia je la hari 2 ngn mak andam dia..kaklong aku g amik kek(nk ltk atas par) kat kedai pg 2 smpai la tghari baru blk,kakngah plak tgh dalam pntg,abang uruskn bhgn lembu n kat bhgn blkg umh, adik aku plak jga anak sedara aku yg 1st 2, raudhah..so, yg tggl aku je la yg urus bhgn dapur kalo2 org nk apa2..waa, letih manyak woo...mlm 2 aku rasa skt lutut bawak smpai ke ke esokan hari nya plak..dr da nk nshtkn dulu jgn buat keje kuat n jln bnyk sgt, tp nk wat cmne..insya allah xde pape la 2..tawakkal pd Allah je la..

pape pn, rasanya raya thn ni plg bermkna la sb msa dgr khutbah hari raya hari 2, aku meremang bulu roma..x tahu la knape..tp mgkn juga aku memikirkan masihkah ada ksmptn lgi utk menemui ramadhan pada tahun2 hadapan.. wallahualam..mudah2an Allah pnjgkn umurkan ku and semua org2 yg ku syg, kawan2, jiran tetangga da semua umat islam di dunia ini...amiin...=)


Wednesday, September 16, 2009

selamat hari raya aidilfitri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

hari ni da hari ke-26 kt semua umat Islam berpuasa..x lama lg da nak raya..sayangnya..ramadhan bakal meninggal kan kt semua da..kejap je rasanya puasa...wuwuwu...mgkn kah kt semua akan bertemu dengan bulan ramadhan lagi pada tahun2 akan datang?nauzubillah n insya allah jika umur masih di panjangkan oleh Allah s.w.t..amiin..

malam ni aku da nak balik..naik keta api kat kl sentral pkul 8.30 malam ni..tapi sekarang ni smbl tggu kwn2 nk bersalam ngn diorg n jap ag nk p pasaraya giant @ tesco.. bkn nk g bli baju @ beli-belah just nk g bli 1 benda je iaitu sengkuang cina..sbnya ank sedara aku yg baru kena sakit kuning. so, the last inisiatif now is the sengkuang cina sb kngah, abengah n family da cuba semua jenis ubat untuk kurangkan kuning 2 mcm susu kambing, madu n etc..abengah da try cari kat tanah merah tp bende 2 xde..so, hanya aku je skrg yg blh tlg disebabkan kebetulan aku balik esk..ptg ni aku x pergi kelas sb nk p cari sengkuang cina 2 la..xpela ponteng hari ni sb kngah da bnyk tolong aku masa aku skt dulu, ini just pertolongan kecil je..so, apa salah nya aku tolong belikan utk anak saudara baru ku 2..x sbr nk balik rasanya nk tgk ahli keluarga baru..huhuhu..

"Ya Allah, selamatkan lah anak saudara baru ku dan ahli keluarga ku yg lain..sesungguhnya anak saudaraku (namanya RAIS) itu masih muda dan belum lagi menikmati nikmat yg Engkau kurniakan pada semua umat Mu lagi..Berilah peluang pada Rais untuk merasai nikmat Mu Ya Allah..amin ya rabbal alamin.."

ha, sblm terlupa, di sini juga aku mengalu2kan kedatangan semua kawan2 ku ke rumah ku pada hari raya ke5 ni..akak aku nk kahwin. smbl 2, ktrg buat mjls kesyukuran, aqiqah utk Rais n khatam Quran skali..Insya allah..jemputla datang ye..jgn malu2..semua d jemput..free of charge semua nya..

lastly, di kesempatan ini aku nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin pada semua umat Islam di seluruh dunia. Selain itu, di sini juga diriku yg kerdil ini menyusun sepuluh jari memohon maaf pada semua andai kata diri ini pernah melukakan hati kalian @ kalian semua ada terasa ngan diriku ini..

Rasanya smpai di sini dulu bicara pada kali ini..Insya Allah ada kelapangan ku akan update blog ku ini..

wassalam...salam aidilfitri utk semua..

Friday, September 11, 2009

ahli keluarga baru

alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t keran semalam tepat pukul 8.30 pagi, k.ngah aku selamat melahirkan anak lelakinya yg pertama @ anak kedua..berat dia 2.7 kg, tinggi x igt plak tp tggi ckt drpd akaknya, Raudhah..x sbr2 plak rsanya nk blk main ngn baby 2..kak ngah ckp sblm dia branak dia nk letak nma Rais..insya allah..tp x tau la jd ke x..kot tukar ke pasni..

raya ke 5 ni plak nk dpt abang ipar baru..kak na nk kahwin..insya allah..

kiranya tahun ni insya allah tmbh lagi 2 org ahli keluarga...semoga tahun2 akan dtg, maka bertambah lg la ahli keluarga aku.. amin...=)

Wednesday, September 2, 2009

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-52

31 Ogos 2009 (12:00 tengah malam)

Malam tadi, tepat pada pukul 12 tengah malam, Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-52. Alhamdulillah…

Apa yang ingin ku kongsikan pada kali ini ialah cara sambutan kemerdekaan di UiTM pada tahun ini. Satu perubahan yang aku pernah bayangkan dulu dan akhirnya terlaksana juga pada tahun ini. Alhamdulillah…=)…Pada mulanya sukar aku ingin mempercayainya tetapi setelah mengesahkan dgn roommate ku, jadi betullah apa yang aku dengar..(x mamai la time 2, hehehe)

Tepat kul 12 tgh malam, aku dapat mendengar dengan jelas dari bilik ku di kolej mawar ini kedengaran bunyi AZAN berkumandang dari pusat sukan walau pun aku tidak pergi menyambutnya sendiri di pusat sukan @ di stadium. Untuk pengetahuan semua, buat masa sekarang, Pusat Islam (PI) yang sebenar sedang dalam proses ubahsuai sekarang. So, sebagai menggantikannya, pusat sukan di pilih untuk dijadikan sebagai tmpt solat terawih sementara pada bulan Ramadhan ini. Tapi aku x pergi ke pusat sukan walaupun di sana ada disediakan makanan berbuka puasa FREE.

Ini kerana ada yang lebih dekat iaitu di kolej mawar sendiri di imamkan oleh ustaz atau beberapa pelajar lelaki. Tambah pulak kat kolej mawar ni ramai perempuan je berlaianan dengan kat pusat sukan, bnyk lelaki dan perempuan. Hnaya ada tirai sedikit je kat sana. Ok, balik pada sambutan merdeka semalam.

Sebenarnya ada forum diadakan di pusat sukan selepas solat terawih, sempena sambutan kemerdekaan. Tapi di sebabkan keuzuran, aku x dapat pergi menyertai solat terawih apatah lagi menyambut kemerdekaan pada tahun ini..

Walaubagaimanapun, aku bersyukur dan menyokong sepenuhnya cara sambutan kemerdekaan di sini pada tahun ini. Ini lah baru dikatakan sambutan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Moga Malaysia akan terus di berkati dan redhai olehNya hendaknya. Ini juga mungkin berkat bulan Ramdhan al-Mubarak sekarang ni dan aku berharap agar sambutan seperti ini akan diteruskan lagi pada tahun2 selepas ini walaupun ianya bukan pada bulan Ramadhan lagi. Insya Allah…Amiin…=)

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan....

hari ni da hari ke5 kt semua umat islam berpuasa..alhamdulillah krna dgn izin-Nya kt dapat menunaikan ibadat pada bulan Ramadhan ini dan harapan ku dan semua umat Islam di muka bumi Allah agar kita semua ini dapat menunaikan ibadat di bulan mulia ini dengan sebaiknya..Insya allah..=)..

bermula pada hari pertama puasa, aku dan roomate akan bgn utk bersahur.tp pagi ni, kitorang terlepas sb nya aku terlajak tido..da kunci jam kul 4.30 pagi tp lpas tutup jam, aku tido blk n akibatnya kul 5.40 pg baru la aku terjaga. da nk dekat waktu imsak da..kesian roomate2 ku kerana disebabkan aku x bgn, diorg pn x bersahur la pg td..lain x, aku x kan tido dah selepas jam berbunyi nnti..huhuhu..nyesal sgt td..tp perkara yg da lpas, biarlah ia jd pengajaran dan semoga ianya x terjadi lagi pada masa akan datang..

di kesempatan ini, aku ingin memohon maaf pada semua yg pernah terasa dgn ku samada aku sengaja @ x sengaja, di masa lepas @ masa akan datang.. aku minta maaf bnyak2 ye..
dan juga selamat berpuasa pada semua..semoga segala amalan kita akan diterima oleh Allah s.w.t dan memperoleh ganjaran yg baik di akhirat kelak..amiin...insya allah..=)

Wednesday, August 5, 2009

hari-hari yang mendatang...

salam, bertemu lagi kt semua pada edisi kali ni..tapi 1st skali, aku nk minta maaf kerana da lama x update blog ni..x sempat nk update..sibuk ckt kebelakangan ni walaupun dapat cuti seminggu kerana uitm kna tutup sebab ada kes kat kolej tmpt aku menginap ni.so, cuti semester pada hari raya nnt tukar ke mggu 2..cuti hari raya nnt start 19hb-27hb..(kalo ikut jadual u, 17hb da stat cuti raya). tp aku da siap beli tiket da..16/9, 8.30 malam naik kereta api kat kl sentral..hehehe..klas slps 2 ponteng da.. nk wat cmne, tiket da abis..2 je yg ada..hehehe..=)

semester ni aku rasa letih sgt sb bnyk sgt kna wat keje berbanding ngn sem2 sblm ni..tmbh2 plak semester ni kna wat project proposal..sem dpn da kna producekn project 2 bg wujud..insy allah, aku blh buat dan hadapi semua 2 dgn sabar dan cemerlang..amin..project yg aku nk buat nnt nmanya e-Office..skrg tgh cari maklumat apa yg perlu ada kat dalam 2..aku hnya akan buat web-based system je dan apa yang group aku nk waty ni semuanya utk kegunaan fakulti fskm kat uitm ni...insya allah menjadi dan bergunalah semua nya pasni..

sbnrnya aku x de pape nk di kongsikan pada kali ni, sb terlampau sibuk sgt. rasa letih sb pergi awl pagi ke klas n setiap hari blk dekat maghrib je.sb kat kolej x dpt wireless..cuma hari ni je dapat access.x tahula nape..so, xde pape nk buat n nk isi masa lapang sblm nk baca security n network pnya subject (esk ada kuiz,hehehe), so aku bukak la kejap..tulis ckt2 tp minta maaf la sb entah la, apa yg aku mengarut skrg ni pn x tahu la...wuwuwu...minta maaf ye semua..

insya allah, kalau ada masa n cerita, aku tulis lagi..buat masa ni, aku nk g bukak buku dulu..nnt x tau pape nk jawab esk, naya la..wuwuwu..doakan aku semoga berjaya di dunia n akhirat..