Wednesday, September 2, 2009

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-52

31 Ogos 2009 (12:00 tengah malam)

Malam tadi, tepat pada pukul 12 tengah malam, Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-52. Alhamdulillah…

Apa yang ingin ku kongsikan pada kali ini ialah cara sambutan kemerdekaan di UiTM pada tahun ini. Satu perubahan yang aku pernah bayangkan dulu dan akhirnya terlaksana juga pada tahun ini. Alhamdulillah…=)…Pada mulanya sukar aku ingin mempercayainya tetapi setelah mengesahkan dgn roommate ku, jadi betullah apa yang aku dengar..(x mamai la time 2, hehehe)

Tepat kul 12 tgh malam, aku dapat mendengar dengan jelas dari bilik ku di kolej mawar ini kedengaran bunyi AZAN berkumandang dari pusat sukan walau pun aku tidak pergi menyambutnya sendiri di pusat sukan @ di stadium. Untuk pengetahuan semua, buat masa sekarang, Pusat Islam (PI) yang sebenar sedang dalam proses ubahsuai sekarang. So, sebagai menggantikannya, pusat sukan di pilih untuk dijadikan sebagai tmpt solat terawih sementara pada bulan Ramadhan ini. Tapi aku x pergi ke pusat sukan walaupun di sana ada disediakan makanan berbuka puasa FREE.

Ini kerana ada yang lebih dekat iaitu di kolej mawar sendiri di imamkan oleh ustaz atau beberapa pelajar lelaki. Tambah pulak kat kolej mawar ni ramai perempuan je berlaianan dengan kat pusat sukan, bnyk lelaki dan perempuan. Hnaya ada tirai sedikit je kat sana. Ok, balik pada sambutan merdeka semalam.

Sebenarnya ada forum diadakan di pusat sukan selepas solat terawih, sempena sambutan kemerdekaan. Tapi di sebabkan keuzuran, aku x dapat pergi menyertai solat terawih apatah lagi menyambut kemerdekaan pada tahun ini..

Walaubagaimanapun, aku bersyukur dan menyokong sepenuhnya cara sambutan kemerdekaan di sini pada tahun ini. Ini lah baru dikatakan sambutan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Moga Malaysia akan terus di berkati dan redhai olehNya hendaknya. Ini juga mungkin berkat bulan Ramdhan al-Mubarak sekarang ni dan aku berharap agar sambutan seperti ini akan diteruskan lagi pada tahun2 selepas ini walaupun ianya bukan pada bulan Ramadhan lagi. Insya Allah…Amiin…=)

No comments:

Post a Comment