Tuesday, March 22, 2011

Secebis perkongsian untuk diri dan semua


As salamu 'alaikum wrt wbrkth...

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam bl0g yg cntk lagi cute ni...(pagi2 da perasan..huhu..maaf la ye..aku mmg mcm ni..nk wat cmne..ngeh3~)

ok, hari ni aku rsa baik ckt sbb pg tadi lepas da siap pkai sume n smbl tggu p.cu bersiap, aku tgk rancangan 'Raudhah' kat TV9..(sebenarnya p.cu yg tgk awal tu, pastu aku smbg la..hehehe.biasanya aku tgk MHI..huhu)

Tajuk hari ni ialah Khatam Al-Quran bahagian II.. dalam bnyk2 soalan yg ditnya kat ustaz tu ialah pasal:-


A’uu-dzubillaahis samii’il ‘aliimi minasy syai-thaanir rajiim

Maksudnya:
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk.

Ayat ni banyak kelebihannya untuk perlindungan daripada syaitan terkutuk..yang aku sempat dgr pagi tadia ialah contoh paling mudah ialah time mak supermarket @ pasar raya...Ok,aku tnya ikhlas la kan..kalo korang masuk pasarraya, korang rasa mcm nk beli semua yg ada kan?yg tu cantik, yg ni cantik..aish, ringkasanya sume cntik la..kalo ada duit bnyk, msti korg beli semua kan?actually, aku pun cmtu gak..korang tahu x nape kita jadi cmtu?huuhu..

Sebenarnya kan, kita da dipengaruhi oleh hasutan syaitan..Syaitan dah mengaburi mata kita dgn nafsu yg meluak-luak sampai x kenal dah yang mana keperluan dan mana kehendak..aku cakap ni sbnrnya aku rasa mmg betul la..aku rasa jarang sgt aku baca ayat ni..tapi paling aku sedar ialah kalau lepas sembahyang, nafsu membeli  tadi dah  x  sekuat sebelum sembahyang..korang rasa cmne?aku rasa bersyukur sgt kerana di beri kesempatan utk belajar agama ni sejak dari kecil lagi..alhamdulillah3x..

konklusi dari ayat di atas jgk ialah korg baca la ayat yang pendek lagi  bermanfaat ni sebelum korang nak buat apa2..insya Allah, korang akan bebas daripada hasutan syaitan yang sentiasa berusaha untuk menghasut kita, yang x pernah akan berhenti menggoda kita dgn segala macam mehnah dan rencah nya supaya kita terhasut..cuba dan amalkanlah dalam kehidupan...insya Allah kita akan di lindungi Allah sentiasa..

maklumat tmbhan yg aku dpt dari blog Ustaz Shauqi ialah ayat ni yg dipanggil juga Isti'azah dapat menangani kemarahan..Diriwayatkan dalam sahih Bukhari bahawa pada suatu ketika dua lelaki bertengkar di sisi Rasulullah SAW. Salah seorang yang merah mukanya mencela seorang lagi dengan penuh kemarahan. Lalu Rasulullah SAW bersabda,

Sesungguhnya aku akan mengajar kamu satu kalimah yang jika dibacakannya akan hilang kemarahannya, iaitulah bacaan “A’uzu billahi minasy syaitanir rajim”.



Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 200 bermaksud: Jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui

Selain dari ayat di atas, ustaz tadi ada ckp pasal kalau kita stress atau x bersemangat nk study @ buat kerje (yang baik je, ok..huhu..), ustaz ajar suruh baca ayat ni...


La haula wa la quwwata illa billah..

Maksudnya:
tidak ada sesiapa yang mempunyai daya keupayaan untuk memelihara dirinya daripada menderhakai Allah melainkan dengan pertolongan dan perlindungan dari Allah, dan tidak ada sesiapapun mempunyai daya keupayaan untuk mentaati dan beribadat kepada Allah tanpa bantuan dan petunjuk daripada Allah. 


untuk pengetahuan aku dan kawan2, ayat ini ialah penyembuh untuk 99 jenis penyakit, sekurang-kurangnya penyakit dukacita, kesedihan dan kerisauan (Nadia ar-rumaisha)..so, kalau korang rasa mcm x de semangat, kurang @ down sesangat and rsa xde sapa yang sudi dengar luahan korang, amalkanlah ayat ini kerna DIA masih ada mendengar segala nya..hanya kita je yang sering lupakan DIA.DIA x pernah walau sedetik pun..huhu..
 
Ya Allah, ampuni segala dosa hamba-hambaMu yang lemah lagi kerdil yang sering lupakanMu..janganlah kiranya Kau meninggalkan dan menyisihkan Kami oleh kerana kesilapan kami Ya Allah..Kau kurniakan lah kpd Kami petunjuk dan hidayah pada Kami serta kau kurniakan lah Kami rakan2 serta orang2 yang boleh merapatkan dan mendekatkan lagi Kami kpdMu Ya Allah..
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
 
Di sini juga, aku kongsikan juga doa untuk memohon cinta sejati dan  yg  mengharapkan cinta yang sejati, kebahagiaan dan kedamaian hati, bacalah doa ini secara istiqamah..Insya Allah, jom sama2 amalkan..



Doa Nabi Daud a.s.



Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yg mencintai-Mu serta cinta yg dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.
Ya Allah, apa saja yg Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikan ia kekuatan untukku mencintai apa yg Engkau cintai. Dan apa saja yg Engkau singkirkan daripada apa yg aku cintai, maka jadikan ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.
Ya Allah, jadikan cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikan aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh.

Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yg Engkau cintai.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhoan-Mu".

[Hadith At-Tirmizi dlm Jami' al- Sahih, Rasulullah s.a.w bersabda: Inilah doa yg biasa dipanjatkan oleh nabi Daud a.s]

Okla, da bnnyk sgt aku tulis ni..ada lagi yang aku nk gtau tapi x ingat sgt..nnt salah fakta, jadi isu plak nnt..wuwuwu..insya Allah ada masa dan fakta serta ilmu yang aku dapat betul, aku akan kongsikan lagi..

Ha, sblm aku tutup kedai hari ni, aku nk cakap yang ustaz tadi pagi cakap yg kita kena ada 6 Key Perfomance Index(KPI)  Al-Quran  gak dalam hidup ni..yang aku ingat la, antara KPI tu ialah pembacaan, pemahaman, yang lain aku x ingat da..huhu..contohnya, kalau pembacaan, dalam 1-10, brape kita bg marks kat diri sendiri..mcm tu jgk la pemahaman kita ttg mksd ayat2 al-Quran...marilah kita muhasabah blk diri sendiri dan berubah kalau bukan utk orang lain, buat lah demi diri sendiri kerana kubur lain2 nnt k..so, jwb sendiri2 la nnt..hehehe..kalau aku sendiri, yg pembacaan, aku bg 8 la kot..pemahaman...oh no!!!aku mmg phm ckt bahasa arab tp aku x berapa mendalami lagi..dlm mksd lainnya, x baca sgt.,.Ya Allah, astaghfirullahal'azim..

footnote::jom la kita berubah bersama-sama ke arah kebaikan..jom membaca Al-Quran..bacalah setiap hari walau cuma satu ayat...jika x berkesempatan juga, kt boleh baca al-mathurat sbgai ganti selepas setiap kali solat 5 waktu..insya Allah..jom berubah, kalau bukan sekarang, bila lagi???

in memory::teringat masa sekolah menengah rendah  (tingkatan 1-3) kat SMU(A) Maahad Ahmadi Tanah Merah,  pagi-pagi sebelum kelas mula, akan ada baca Quran satu muka @ 1 surah beramai-ramai...time sekolah menengah kat SMK (Agama) Wataniah, setiap hari lepas solat 5 waktu, baca al-Mathurat kadang2 baca Yasin ramai2..Ya Allah, rindunya suasana seperti itu..trase ingin kembali je jika boleh..bestnya kalau dpt lakukan aktiviti mcm ni lagi...

ok, sampai cni dulu..nk tutup kedai dah..ngeh3~~

Salam sayang,


No comments:

Post a Comment